Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 23 TERKORBAN lori bawa petrol terbakar
  • GLOBAL

23 TERKORBAN lori bawa petrol terbakar

Utusan Sarawak 5 years ago
TRAGIS… KEMALANGAN yang meragut 23 orang termasuk pelajar selepas lori bawa muatan petrol terbalik.

LOKOJA: Seramai 23 orang termasuk pelajar terkorban apabila sebuah lori membawa muatan petrol terbalik dan terbakar, di jalan raya yang sibuk di tengah bandar di wilayah berkenaan, semalam.

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari, berkata kematian 23 mangsa seperti yang disahkan oleh Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan adalah tragedi buruk yang menimpa negara.

“Saya amat bimbang dengan kejadian yang sering berlaku dan membabitkan jumlah korban yang ramai di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau menggesa semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi mengelak kejadian serupa berlaku di masa depan.

Kemalangan membabitkan lori membawa muatan petrol sering berlaku di jalan raya Nigeria yang tidak diselenggara.

Dalam kejadian itu, beberapa kenderaan termasuk bas membawa pelajar dari sebuah politeknik terbakar.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku apabila brek lori membawa muatan petrol yang datang dari arah Okene gagal berfungsi mengakibatkan kenderaan itu terbabas dan terbakar di lebuh raya Lokoja-Abuja.

Sementara itu, Gabenor negeri, Yahaya Bello merakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa. “Saya amat sedih dengan kejadian yang berlaku, meragut nyawa, membabitkan banyak kenderaan dan harta benda,” katanya.

Continue Reading

Previous: Pilkada tetap berjalan walaupun pandemik meningkat
Next: Korban Covid-19 cecah 974,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.