Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 224 anak yatim, asnaf terima duit raya
  • Tengah
  • WILAYAH

224 anak yatim, asnaf terima duit raya

Utusan Sarawak 2 months ago
SERAMAI 224 anak yatim dan golongan asnaf dari kawasan DUN Kalaka telah menerima sumbangan duit raya. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Seramai 224 anak yatim dan golongan asnaf dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka telah menerima sumbangan duit raya di Masjid Lama Saratok, di sini petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata dengan penyampaian sumbangan itu diharap ia dapat memberi sinar keceriaan dalam Ramadan dan membantu golongan terbabit dalam persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Sumbangan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada golongan itu serta membantu dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang bulan Ramadan.

“Kita sentiasa berusaha untuk memperbanyakkan bantuan lain bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

SUMBANGAN itu memberi sinar keceriaan dalam bulan Ramadan dan membantu golongan terbabit dalam persiapan menyambut Aidilfitri. Foto ADUN Kalaka

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Program Pautan Kasih anak yatim dan golongan asnaf kawasan DUN Kalaka anjuran Pusat Khidmat ADUN Kalaka, Lembaga Kemajuan Islam Saratok (LAKIS) dan Persatuan Saudara Muslim Sarawak (ANSAR).

Mohamad Duri menjelaskan usaha berkenaan diharapkan menjadi pemangkin kepada organisasi lain menyantuni mereka yang tidak bernasib baik dalam mengharungi kehidupan dan ekonomi yang semakin mencabar masa kini.

“Golongan ini amat dekat di hati saya dan kita amat memahami kepayahan yang dihadapi mereka ini membuatkan semua pihak mengambil tanggung jawab bersama membantu sedaya upaya kami bagi mengukir ‘senyuman Syawal’ kepada mereka.

“Insya-Allah program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha meringankan beban mereka yang memerlukan khususnya ketika tiba musim perayaan,” jelasnya.

Turut hadir, Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Abdul Wahab Aziz, Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, Pemanca Sahari Gani, Penghulu Rajali Bujang, Ahli Majlis Daerah Saratok, Kaunselor Majid Amit Zainunddin serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM148,500 diperuntukkan naik taraf infrastruktur Rumah Tunjang Naga, Rumah Badindang Luka
Next: Situasi banjir tunjuk trend penurunan, beberapa PPS ditutup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.