Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 222 kontinjen ‘banjiri’ Kuching sempena perarakan ulang tahun Dewa Seng Ong
  • TEMPATAN

222 kontinjen ‘banjiri’ Kuching sempena perarakan ulang tahun Dewa Seng Ong

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Alunan irama gong bergema dari Jalan Parklane ke pusat bandar dan Kuil Hong San Si apabila lori berhias, kumpulan pancaragam dan orang ramai menyertai perarakan besar di sini.

Bermula seawal 3.00 petang, sebanyak 222 kontinjen yang terdiri daripada pelbagai persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta kumpulan pancaragam sekolah membanjiri jalanan Bandar Kuching bagi meraikan ulang tahun Seng Ong Kong.

Dianjurkan oleh Persatuan Hokkien Kuching, perarakan ini menampilkan ‘Naga Hijau’ sepanjang 400 kaki serta ‘Naga Api’ yang mana saiznya telah meningkat kepada 288 kaki berbanding 188 kaki tahun lalu, mempamerkan persembahan yang lebih meriah dan menakjubkan.

Perarakan pada hari ini merupakan hasil persiapan sejak Disember tahun lalu.

SEKITAR perarakan sempena ulang tahun Dewa Seng Ong di sekitar Bandar Kuching dan Kuil Hong San Si, petang tadi. Foto HERRIEY NAHA

Presiden Persatuan Hokkien Kuching, Dato Richard Wee berkata sambutan ini turut merangkumi pengagihan syiling bertuah dan syiling ular emas, yang melambangkan kemakmuran serta doa untuk keamanan negara serta hasil yang melimpah, selain menghimpunkan pelbagai persatuan, kumpulan tarian naga dan singa serta peserta dari seluruh Sarawak dan Sabah.

“Sambutan ini juga menampilkan kumpulan pemuzik gendang tradisional Melayu, penggiat seni budaya peribumi dari Sarawak dan Sabah, serta pasukan kebudayaan India, mencerminkan semangat keharmonian pelbagai agama dan budaya di Sarawak. Antara peserta yang terlibat termasuk Ratham Brothers, Hadrah Sri Melati, dan GOASS,” katanya.

DATUK Amar Dr Sim Kui Hian serta yang lain turut hadir memeriahkan perarakan sempena ulang tahun Seng Ong di Kuil Hong San Si, petang tadi. Foto HERRIEY NAHA

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian turut hadir memeriahkan perarakan tersebut, menyantuni para peserta yang berarak melalui pusat bandar. Turut hadir Dato Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Ir Lo Khere Chiang serta pemimpin-pemimpin lain.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Komited perkukuh kecekapan, profesionalisme sektor awam
Next: Cadangan penubuhan jawatankuasa bipartisan cetus tanda tanya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.