Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 22 TERKORBAN dalam tanah runtuh
  • GLOBAL

22 TERKORBAN dalam tanah runtuh

Utusan Sarawak 5 years ago

HANOI: Sekurang-kurangnya 22 anggota tentera maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tengah Vietnam susulan hujan lebat berterusan, pada Ahad.

Insiden itu berlaku seminggu selepas 13 orang dilaporkan terbunuh juga akibat tanah runtuh.

Dalam kejadian terbaharu itu, hujan lebat selama seminggu di wilayah Quang Tri, mengakibatkan pergerakan tanah sebelum runtuhan melanda kem tentera di kaki gunung berkenaan.

Media tempatan melaporkan, lapan orang berjaya menyelamatkan diri sementara 22 yang lain dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.

Sementara itu, dalam kejadian Khamis lalu, pasukan penyelamat menemui 13 mayat, dengan 11 daripadanya anggota tentera, di kawasan tanah runtuh di Thua Thien-Hue.

Pasukan itu terdahulu dilaporkan dalam perjalanan ke lokasi kejadian tanah runtuh yang lain untuk membantu operasi mencari dan menyelamat 16 pekerja tapak pembinaan loji hidroelektrik yang tertimbus.-AFP

Continue Reading

Previous: 13 korban letupan bom kereta
Next: Israel gempur Hamas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.