Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 2,000 sukarelawan sertai Gotong-Royong Bersih Kubur
  • Tengah
  • WILAYAH

2,000 sukarelawan sertai Gotong-Royong Bersih Kubur

Utusan Sarawak 3 months ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Dr. Annuar Rapa’ee bergambar bersama sukarelawan pada program Gotong-Royong Bersih Kubur.

SIBU: Kira-kira 2,000 sukarelawan hadir dalam program Gotong-Royong Bersih Kubur yang berlangsung di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim, hari ini.

Program ini dianjurkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Sibu (LAKIS) dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Sibu dan Pejabat Residen Sibu.

SEKITAR gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim, hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapa’ee, program ini melibatkan penyertaan 124 agensi persekutuan dan negeri di seluruh bahagian Sibu.

“Program ini diadakan sempena awal Ramadan bagi memastikan kawasan perkuburan sentiasa bersih dan terjaga.

“Antara aktiviti yang dijalankan termasuk membersihkan kawasan perkuburan, menebang pokok, memangkas dahan, menanam pokok bunga, mengecat serta membersihkan dinding,” katanya ketika ditemui pemberita.

Turut serta, wakil Residen Bahagian Sibu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Sibu, Nursyarmilla Jeruis, wakil Jabatan Agama Islam Sibu (JAIS) Ustaz Azhar Hipni dan Setiausaha LAKIS, Jamil Julaihi.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kevin lawat kerja pembersihan saluran air
Next: Urus tanah perkuburan seperti taman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.