Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 200 peserta sertai acara berbasikal sempena Hari Malaysia
  • WILAYAH

200 peserta sertai acara berbasikal sempena Hari Malaysia

Utusan Sarawak 8 months ago

Sayed Azmi melakukan simbolik pelepasan pada acara berbasikal ‘Fun Ride’ sempena program Hari Malaysia Sibu 2024 yang berlangsung di perkarangan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada hari ini.

SIBU: Seramai 200 peserta telah mengambil bahagian dalam acara berbasikal ‘Fun Ride’ sempena program Hari Malaysia Sibu 2024 yang berlangsung di pekarangan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini hari ini.

Program itu dirasmikan oleh Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Sayed Azmi Wan Junaidi. 

Acara berbasikal dengan jarak kayuhan sejauh 17 kilometer itu merupakan anjuran bersama Kelab Berbasikal Goohet, Pusat Khidmat DUN Nangka, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Sibu, Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Sibu dan Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Cawangan Nangka.

Di samping itu, program Jiwa Komuniti Madani turut diadakan dengan aktiviti senamrobik dan ‘brisk walk’ mengelilingi kawasan UTS, melibatkan penyertaan warga emas dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sibu.

Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr. Annuar Rapaee; Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili; Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Zaini Morshidi dan Pengerusi Komuniti Madani Sri Rajang merangkap Pengerusi PAWE Sibu, Abang Hashim Abang Zainudin.

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: TDM gagalkan cubaan lolos sempadan
Next: JPJ periksa 178 kenderaan dalam operasi di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.