Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 200 bubur lambuk diagihkan kepada penduduk Kampung Usahajaya Baru
  • Tengah
  • WILAYAH

200 bubur lambuk diagihkan kepada penduduk Kampung Usahajaya Baru

Utusan Sarawak 2 months ago
PROGRAM BUBUR LAMBUK… Kaunselor Kiing Teck Ho, Joseph Chieng dan Kaunselor Norizan Sanyut bersama ahli Saberkas lain pada program pengagihan bubur lambuk kepada penduduk Kampung Usahajaya Baru, Sentosa di sini, petang semalam. Foto Saberkas Cawangan Bukit Assek

SIBU: Sebanyak 200 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk Kampung Usahajaya Baru, Sentosa di sini, petang semalam, menerusi program anjuran Saberkas Cawangan Bukit Assek dan Pusat Khidmat Bukit Assek.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng, berkata program itu bukan sahaja menghidangkan juadah tradisi Ramadan, tetapi turut menjadi platform memupuk perpaduan kaum serta keharmonian agama dalam kalangan masyarakat majmuk di Sarawak.

AGIH… Joseph Chieng mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk di Kampung Usahajaya Baru, Sentosa. Foto Saberkas Cawangan Bukit Assek

“Inisiatif ini menyaksikan 200 hidangan bubur lambuk yang disediakan oleh rakan-rakan Muslim kita diagihkan kepada masyarakat setempat hari ini.

“Adalah penting untuk kita terus saling menyokong dan memahami antara satu sama lain, terutamanya ketika musim perayaan yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana perayaan,” katanya.

Menurut beliau, program seperti ini juga dapat memberi pendedahan kepada golongan muda, khususnya ahli Saberkas, tentang kepentingan memahami dan menghormati keunikan budaya serta kepercayaan yang berbeza.

Chieng turut berharap agar program sebegini dapat diteruskan bukan sahaja pada Ramadan, tetapi juga ketika perayaan lain bagi memperkukuh semangat kebersamaan dan inklusiviti dalam masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Turut serta, Setiausaha Saberkas Cawangan Bukit Assek, Kaunselor Kiing Teck Ho dan Kaunselor Norizan Sanyut.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Paras air sungai di Song pada tahap waspada
Next: Pengguna jalan raya diingatkan berhati-hati memandu balik kampung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.