Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 20 penerima terima dana MRP Fasa 1/2025
  • Selatan
  • WILAYAH

20 penerima terima dana MRP Fasa 1/2025

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Dr Jerip Susil menyerahkan replika cek bernilai RM50,000 kepada wakil Persatuan Biperoh sebagai simbolik agihan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 1/2025 bagi kawasan DUN Mambong pada majlis penyerahan di Pejabat Daerah Kecil Padawan. Foto UKAS

PADAWAN: Sebanyak RM1.13 juta telah diagihkan kepada 20 penerima bagi pelaksanaan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 1/2025 melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong.

Penerima terdiri daripada pelbagai pihak termasuk persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), serta pihak gereja.

Majlis penyerahan simbolik dana tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan), Datuk Dr Jerip Susil, di Pejabat Daerah Kecil Padawan pada Jumaat lalu.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan, Julius Scott Sapong, serta Pemanca Bidayuh Daerah Kuching, Raymond Jihap.

Dalam ucapannya, Dr Jerip menekankan bahawa penyaluran dana kini dijalankan sepenuhnya melalui sistem perbankan elektronik, menggantikan kaedah lama menggunakan cek fizikal. Pendekatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pendigitalan kerajaan negeri untuk mempercepatkan urusan penyaluran serta meningkatkan ketelusan.

“Bantuan ini disalurkan bagi menyokong pelaksanaan projek yang mampu memberi impak positif kepada komuniti setempat. Kaedah pembayaran terus ke akaun penerima menjadikan proses lebih efisien dan telus,” jelasnya.

Jumlah keseluruhan yang diperuntukkan dalam fasa ini ialah RM1,135,600, dengan setiap penerima menerima antara RM20,000 hingga RM100,000 bergantung pada keperluan projek masing-masing.

Beliau turut mengingatkan agar sumbangan ini digunakan dengan penuh tanggungjawab dan bukan sekadar untuk meraih perhatian di media sosial.
“Yang paling utama adalah rakyat merasai sendiri manfaat hasil bantuan yang disediakan ini,” tambahnya. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Liana Sari Santud rayu status kewarganegaraan
Next: Ketua agensi digesa lebih proaktif laksana projek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.