Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 2 juta penutup hidung, mulut diagih
  • SEMASA

2 juta penutup hidung, mulut diagih

Utusan Sarawak 5 years ago

ALEXANDRA LORNA

KUCHING: Pengagihan topeng muka akan dilakukan dalam masa terdekat dengan enam keping bagi setiap isi rumah untuk kawasan merah dan empat keping untuk isi rumah di kawasan kuning dan hijau.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata sejumlah dua juta topeng muka akan diagihkan.

“Pihak kami telah menerima topeng muka tersebut dan sekarang kita sedang melakukan pembungkusan sebelum diagihkan.

“Penyelarasan pengagihan akan dibuat oleh pejabat Residen dan Pegawai Daerah melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di peringkat bahagian dan dibantu oleh JPBN peringkat daerah,” katanya pada sidang media Covid-19 di Wisma Bapa Malaysia semalam.

Katanya, dua juta topeng tersebut adalah janji yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Kita berharap topeng muka ini dapat diagihkan secepat mungkin terutamanya di kawasan zon merah, bermula Jumaat ini,” kata Uggah.

Beliau menambah, JPBN turut membuat keputusan seperti kerja-kerja menyelenggara menara telekomunikasi dan pembukaan pusat internet di kawasan hijau (green zone) adalah dibenarkan.

“Esok kita akan umumkan di kawasan hijau yang dimaksudkan itu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua agensi kerajaan mahupun swasta supaya mematuhi semua arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh JPBN Sarawak.

“Sarawak berada di dalam keadaan yang terkawal dengan kadar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 97%.

“Saya menyeru agar rakyat Sarawak terus mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan demi mengekang penularan Covid-19 daripada terus merebak,” kata Uggah.

Continue Reading

Previous: Simpanan lesap lepas isi maklumat di laman web
Next: Lapan lagi kes positif Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.