Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 1MDB: SPRM peroleh perintah larangan transaksi wang AS$1.7 juta di Barbados
  • SEMASA

1MDB: SPRM peroleh perintah larangan transaksi wang AS$1.7 juta di Barbados

Utusan Sarawak 5 hours ago
1MDB: SPRM peroleh perintah larangan transaksi wang AS$1.7 juta di Barbados. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memperoleh perintah larangan transaksi membabitkan wang berjumlah AS$1.7 juta (sekitar RM6.7 juta) yang disimpan di Barbados, dipercayai mempunyai kaitan dengan dana diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut kenyataan SPRM hari ini, wang berkenaan disimpan dalam dua akaun perbankan di Amicorp Bank and Trust Limited, Barbados.

“Perintah tersebut dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini selepas berpuas hati dengan permohonan pihak pendakwaan di bawah Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

“Permohonan itu menunjukkan dana berkenaan mempunyai kaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram hasil siasatan Bahagian Operasi Khas SPRM,” menurut kenyataan itu.

Siasatan mendapati dalam tempoh 2014 hingga 2019, beberapa individu yang juga pemegang akaun bank serta pengarah kepada syarikat luar negara disyaki terlibat dalam aktiviti menerima, menyembunyi, memindah dan mengubah wang hasil aktiviti haram melalui akaun bank syarikat tersebut di Barbados. 

Berikutan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan perintah larangan transaksi kewangan melibatkan wang berjumlah AS$56,285.88 (sekitar RM 222,441.80) dalam akaun milik Lambasa Global Opportunity Fund BV dan wang berjumlah AS$1,649,118.40 (sekitar RM 6,517,315.92) dalam akaun milik Universal Ventures Fund SCC.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan ini mencerminkan komitmen berterusan SPRM dalam memastikan setiap dana yang diseleweng dapat dijejaki dan dikembalikan kepada negara.

Beliau berkata, dalam keadaan ekonomi global yang mencabar ketika ini, termasuk ketidaktentuan akibat konflik di Asia Barat, usaha pemulihan aset bukan sekadar tindakan penguatkuasaan, tetapi satu tanggungjawab untuk melindungi kepentingan kewangan negara. 

“Setiap ringgit yang berjaya dipulihkan adalah hak rakyat Malaysia dan akan terus diperjuangkan. SPRM terus memperkukuh kerjasama antarabangsa serta menggunakan segala saluran perundangan yang ada bagi memastikan aset disembunyikan di luar negara dapat dikesan, dibekukan dan dilucut hak,” katanya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: James Chai akan ke ibu pejabat SPRM semula esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.