Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 1MDB-Goldman Sachs: AGC failkan balasan kepada LCIA
  • JENAYAH

1MDB-Goldman Sachs: AGC failkan balasan kepada LCIA

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan balasan kepada Pendaftar Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA) hari ini berhubung permohonan untuk timbang tara pelaksanaan perjanjian penyelesaian antara Kerajaan Malaysia,  1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Goldman Sachs Group, Inc (Goldman Sachs).

AGC menerusi kenyataan semalam memaklumkan pihaknya juga telah mengemukakan sesalinan balasan tersebut kepada pihak Goldman Sachs.

Menurut kenyataan itu, ia berdasarkan Artikel 2.1 Peraturan LCIA, Kerajaan Malaysia hendaklah memfailkan balasan kepada Pendaftar Mahkamah LCIA dalam tempoh 28 hari dari tarikh Permohonan Untuk Timbang Tara tersebut difailkan.

“Pada 11 Okt 2023, Goldman Sachs telah menamakan Kerajaan Malaysia sebagai Responden dalam satu Permohonan Untuk Timbang Tara yang difailkan di LCIA.

“Permohonan Untuk Timbang Tara itu adalah bagi mendapatkan relif-relif tertentu yang dikatakan berbangkit daripada pelaksanaan Perjanjian Penyelesaian bertarikh 18 Ogos 2020 yang telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad dan Goldman Sachs,” menurut kenyataan itu.

AGC turut memaklumkan komited dalam memastikan kepentingan kerajaan sentiasa dilindungi dan kekal terpelihara sepanjang prosiding berkaitan permohonan untuk timbang tara yang difailkan Goldman Sachs itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Polis tahan wanita larikan bar emas 100 gram
Next: Kerani wanita rugi RM585,700 terpedaya skim pelaburan tidak wujud

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.