180 pelajar, guru dan kakitangan sertai program antidadah di SMK Chung Hua

Facebook
WhatsApp

CERAMAH BAHAYA DADAH….Para pelajar diberikan ceramah mengenai kesan buruk penyalahgunaan dadah. Foto kredit AADK Daerah Sibu

SIBU: Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah sempena Ceramah dan Pameran Kesedaran telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua, baru-baru ini.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu menerusi kenyataan di Facebooknya memberitahu, program anjuran pihak sekolah itu bertujuan meningkatkan tahap kesedaran pelajar mengenai pendidikan pencegahan dadah bagi mengelakkan penglibatan dalam aktiviti tidak sihat.

Program itu sekali gus memastikan persekitaran sekolah kekal selamat dan bebas daripada ancaman penyalahgunaan dadah.

MINI PAMERAN ANTI DADAH….Para pelajar didedahkan dengan maklumat mengenai kesan buruk penyalahgunaan dadah. Foto kredit AADK Daerah Sibu

Selain ceramah berkaitan bahaya dadah, para pelajar turut didedahkan dengan maklumat mengenai kesan buruk penyalahgunaan bahan terlarang itu.

Program tersebut disertai oleh 180 pelajar, guru serta kakitangan sekolah.

Pada masa sama, mini pameran antidadah turut diadakan sepanjang program berlangsung sebagai usaha memperkukuh pemahaman pelajar mengenai isu berkaitan dadah.