Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 18 singa ‘dihidupkan’ pada istiadat menitik mata
  • TEMPATAN

18 singa ‘dihidupkan’ pada istiadat menitik mata

Utusan Sarawak 4 months ago
TRADISI… Datuk Wee Hong Seng ketika mencalit mata singa. Foto SHAHRUL QAIZAT

KUCHING: Kehangatan sambutan Tahun Baharu Cina semakin terasa apabila sebanyak 18 singa ‘dihidupkan’ pada majlis istiadat menitik mata yang berlangsung meriah di Tokong Hong San Si, Jalan Wayang di sini, hari ini.
Majlis penuh tradisi ini dianjurkan oleh Kumpulan Tarian Naga dan Singa Hongyang Sarawak bersama Kumpulan Singa Selatan Jixiang Ruyi Hakka.

Menurut kenyataan media Kumpulan Tarian Naga dan Singa Hongyang Sarawak, acara tersebut bertujuan memberikan semangat kepada singa baharu, menjadikannya simbolik sebagai singa spiritual yang mampu menjaga undang-undang serta menghalau bala dan semangat jahat.

KENANGAN…Datuk Wee Hong Seng dan wakil kepada pemimpin persatuan kebudayaan Cina tempatan bergambar bersama.

“Tarian singa dan naga sering kali menjadi elemen utama dalam sambutan Tahun Baharu Cina, melambangkan keberuntungan, kesejahteraan dan harapan baharu.

“Setiap persembahan membawa makna mendalam, termasuk simbolik menggantungkan kertas ucapan Tahun Baharu selepas permulaan musim bunga.

“Persembahan ini sering diadakan dalam pelbagai acara seperti sambutan tahun baharu, majlis perkahwinan, pembukaan perniagaan dan pelancaran acara rasmi,” katanya dalam kenyataan.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng, bersama tetamu kehormat lain seperti wakil kepada pemimpin persatuan kebudayaan Cina tempatan.

MERIAH… Sekitar majlis istiadat mencalit mata di Tokong Hong San Si, hari ini.

Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada para penaja dan tetamu yang menjayakan majlis ini, termasuk keluarga Wong, Persatuan Seni dan Kebudayaan Cina Sarawak, serta beberapa nama tempatan seperti Jason Fender, Max Kueh, dan Best Burger di Green Grass Road.

Sempena Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, Kumpulan Tarian Naga dan Singa Hongyang Sarawak serta Kumpulan Singa Selatan Jixiang Ruyi Hakka kini menerima tempahan persembahan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Zhang Zhisheng (Kumpulan Tarian Naga dan Singa Hongyang Sarawak) di talian 012-9949472 dan Cai Xunfu (Kumpulan Singa Selatan Jixiang Ruyi Hakka) di talian 0146997438




Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ketahui keistemewaan Tahun Ular
Next: AIM berjaya bantu usahawan keluar daripada kemiskinan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.