Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 17 kerusi DUN Sarawak: Peluang pelaksanaan sebelum PRN semakin tipis
  • SEMASA

17 kerusi DUN Sarawak: Peluang pelaksanaan sebelum PRN semakin tipis

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, selepas malam penutup Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2026 di Kampung Budaya Sarawak (SCV), di Santubong, malam tadi. Foto Nadya Victoria 

SANTUBONG: Pelaksanaan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kini dilihat hampir tidak sempat dimuktamadkan sebelum pilihan raya negeri hujung tahun ini, kata Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, walaupun cadangan tersebut telah diluluskan di peringkat DUN dengan majoriti besar, proses pengesahan di peringkat Parlimen masih belum dimuktamadkan setakat ini.

Menurutnya, keadaan semasa menjadikan peluang untuk pelaksanaan 17 kerusi itu disahkan sebelum pilihan raya negeri semakin tipis, mengambil kira tempoh masa yang semakin terhad.

“Sekarang kita sudah masuk pertengahan tahun dan hanya tinggal beberapa bulan sebelum hujung tahun. Sarawak perlu mengadakan pilihan raya sebelum tempoh itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas malam penutup Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2026 di Kampung Budaya Sarawak (SCV), di sini, malam tadi.

Abdul Karim berkata, meskipun cadangan itu telah diluluskan di peringkat DUN sebelum ini, masih tiada perkembangan ketara di peringkat Parlimen walaupun beberapa sesi sidang telah berlangsung.

Menurutnya, situasi tersebut menimbulkan persoalan terhadap tempoh pelaksanaan sebenar, khususnya dalam konteks persiapan pilihan raya negeri yang semakin hampir.

Beliau menegaskan bahawa isu itu tidak melibatkan pertambahan kerusi Parlimen, sebaliknya hanya membabitkan kerusi DUN yang telah dipersetujui di peringkat negeri.

“Jangan main politik,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa kesal terhadap kelewatan tersebut, sambil menegaskan bahawa prinsip federalisme seharusnya dihormati melalui pelaksanaan keputusan yang telah dipersetujui di peringkat negeri.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Had subsidi 200 liter sebulan tidak cerminkan realiti pengguna Sarawak
Next: Sarawak tuntut 70 peratus hasil cukai karbon, peranan Borneo sebagai penyimpan karbon negara perlu diiktiraf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.