Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 164 hari tanpa hujan
  • GLOBAL

164 hari tanpa hujan

Utusan Sarawak 7 months ago

SAO PAULO: Brasilia, ibu negara Brazil mencatat rekod baharu bagi tempoh kemarau terpanjang dengan 164 hari berturut-turut tanpa hujan, lapor Institut Meteorologi Kebangsaan (Inmet) kelmarin.

Kemarau yang berpanjangan mencetuskan kebakaran hutan yang meluas, meningkat sejak Ogos lalu di pelbagai kawasan di negara itu.

Rekod sebelumnya dicatatkan pada 1963, hanya tiga tahun selepas penubuhan Brasilia, dengan 163 hari berturut-turut tanpa hujan.

Bandar yang terletak di wilayah tengah Brazil kini berhadapan dengan ancaman berganda dengan cuaca panas melampau dan kelembapan yang rendah.

Pihak berkuasa mengeluarkan ‘amaran oren’ susulan paras kelembapan yang sangat rendah iaitu 15 peratus, digabungkan dengan suhu yang melebihi 35 darjah Celsius (C).

Laporan daripada Institut Penyelidikan Angkasa Negara (INPE) menunjukkan peningkatan 269 peratus kebakaran hutan di Brasilia tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

-BERNAMA

TERJEJAS TERUK… Keadaan Santo Antonio yang kering akibat kemarau di Novo Airao, utara Brazil. -FOTO AFP
Tags: Global

Continue Reading

Previous: Alat getaran kasut oleh syarikat Jepun bantu navigasi golongan cacat penglihatan
Next: “Masa untuk hentikan penderitaan” – Ketua PBB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.