Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 160 terbunuh dalam tunjuk perasaan
  • GLOBAL

160 terbunuh dalam tunjuk perasaan

Utusan Sarawak 5 years ago
KOMUNITI Oromo menyertai perarakan di Governors Mansion, St. Paul, Minnesota. • Foto AFP

ADDIS ABABA: Sekurang-kurangnya 166 orang maut dalam tunjuk perasaan dan keganasan etnik yang berlarutan susulan pembunuhan penyanyi etnik Oromo terkenal, Hachalu Hundessa, Isnin lalu.

Kematian Hundessa akibat tembakan oleh penyerang tidak dikenali di Addis Ababa mencetuskan ketegangan etnik yang mengancam peralihan demokrasi negara itu.

“Selepas kematian Hundessa, 145 orang awam dan 11 anggota keselamatan terbunuh dalam rusuhan di wilayah itu,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Wilayah Oromia, Girma Gelam dalam kenyataan pada Sabtu.

10 lagi mangsa maut di ibu negara, Addis Ababa.

Girma berkata, 167 mangsa mengalami kecederaan parah dan 1,084 orang ditahan.

Hundessa banyak menyanyikan lagu politik yang mengetengahkan isu memperjuangkan nasib etnik Oromo yang sudah lama ditindas kumpulan minoriti lain. – AFP

Continue Reading

Previous: Kebakaran hutan korban 6 nyawa
Next: Banjir ragut 59 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.