Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 16 penghuni Rumah Daniel dipindahkan susulan banjir setinggi empat kaki
  • Tengah
  • WILAYAH

16 penghuni Rumah Daniel dipindahkan susulan banjir setinggi empat kaki

Utusan Sarawak 2 months ago
PINDAH… Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Rumah Daniel, Nanga Peranan, Poi, malam tadi. Foto BBP Kanowit

KANOWIT: Seramai 16 penghuni Rumah Daniel, Nanga Peranan, Poi, terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kanowit selepas rumah panjang mereka dinaiki air setinggi empat kaki susulan hujan berterusan.

Ketua Zon Sibu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Andy Alie, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.04 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit digerakkan ke lokasi, sekitar 20 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, pasukan kami mendapati kawasan pesisir Sungai Poi, Ngemah Kanowit, dilanda banjir dengan paras air yang semakin meningkat.

“Atas faktor keselamatan, penghuni rumah panjang perlu segera dipindahkan ke lokasi lebih selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua mangsa termasuk dua warga emas lelaki, tiga warga emas wanita, dua lelaki dewasa, enam wanita dewasa, serta tiga kanak-kanak dan bayi, terpaksa berjalan kaki ke simpang Jalan Kapit-Song sebelum dihantar ke PPS Kanowit oleh pasukan bomba dengan bantuan pihak polis.

Tambahnya, operasi pemindahan berjalan lancar dan pasukan bomba memastikan keadaan terkawal serta selamat selepas semua mangsa dipindahkan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba guna perahu milik penduduk pindahkan sebuah keluarga ke rumah saudara berdekatan
Next: Tanah runtuh di Jalan akses ke Empangan Baleh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.