Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 16 organisasi DUN Simanggang terima cek peruntukan MRP
  • WILAYAH

16 organisasi DUN Simanggang terima cek peruntukan MRP

Utusan Sarawak 11 months ago
DATUK Francis Harden Hollis ketika bersama penerima cek MRP di Kampung Nanga Klassen, Sri Aman.

SRI AMAN: Sejumlah 16 organisasi dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang telah menerima cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang mencatat nilai keseluruhan sebanyak RM55,000.

Kesemua penerima yang terdiri daripada 10 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta enam biro wanita itu telah pun menerima cek tersebut di Rumah Encharang Dingin, Nanga Klassen, dekat sini, baru-baru ini.

Lima daripada jumlah penerima cek MRP itu JKKK Nanga Klassen (RM5,000), JKKK San Ugol Atas (RM3,000), JKKK Rumah Julai, Entawa Wong Padong (RM3,000), JKKK San Munggor (RM5,000) dan JKKK Rumah Chau, San Ugol (RM5,000).

Penerima seterusnya adalah JKKK Rumah Lichang Entawa Undop (RM5,000), JKKK San Unchap Undop (RM3,000), JKKK Klassen Simpang Undop (RM3,000), JKKK San Deman (RM3,000) dan JKKK Rumah Nyegang Klassen Tengah Undop (RM3,000).

Sementara itu, kumpulan penerima terakhir adalah Biro Wanita Nanga Klassen (RM3,000), Biro Wanita San Ugol Atas (RM2,000), Biro Wanita Entawa Wong Padong (RM3,000), Biro Wanita San Munggor (RM3,000), Biro Wanita Rumah Chau San Ugol (RM3,000) dan Biro Wanita Rumah Lichang Entawa Undop (RM3,000).

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis telah pun diberi penghormatan untuk menyerahkan semua cek MRP itu kepada penerima pada majlis berkenaan.

Beliau ketika berucap pada majlis ringkas penyerahan cek itu berkata MRP merupakan salah satu inisiatif kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membantu membangunkan hidup penduduk dalam negeri ini.

“Justeru, adalah amat penting untuk penerima mengadakan mesyuarat bersama para ahli bagi menentukan cara penggunaan MRP ini agar ia dapat memberi manfaat penduduk di kawasan mereka,” katanya.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: JKKK Brooke Drive Sibu anjur seminar e-Invois 7 Julai ini
Next: Program Mantar Gawai APM Daerah Lubok Antu disambut meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.