Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 156,726 permohonan untuk Kenyalang Gold Card
  • TEMPATAN

156,726 permohonan untuk Kenyalang Gold Card

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH… Rosey Yunus menyampaikan kad keahlian KGC kepada Kaunselor Liu di Pusat Khidmat Bekenu bagi mewakili masyarakat kawasannya semalam.

BEKENU : Sebanyak 156,726 permohonan untuk  Kenyalang Gold Card (KGC) diterima setakat 26 Jun lepas iaitu 46.85 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di Sarawak.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Hajah Rosey Yunus berkata demikian pada Majlis Penyerahan EFS, BIB, GTK, KGC dan Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang di Pusat Khidmat N71 di sini semalam.

Katanya, Sarawak dianggarkan mempunyai 16 peratus warga emas bersamaan dengan 526,000 orang pada tahun 2030.

Bagi tahun 2019,  seramai 315,000 warga emas direkodkan di Sarawak berdasarkan statistik daripada Jabatan Statistik Malaysia.

“Sebagai persediaan menangani cabaran masyarakat negeri  ini, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak telah mewujudkan satu inisiatif iaitu KGC.

“Bahagian Miri merekodkan  seramai 16,995 orang pemohon atau  37.03 peratus  yang telah memohon daripada jumlah keseluruhan seramai 45,900 warga emas yang berada di Miri, manakala  di Bekenu pula terdapat seramai 1,208 pemohon KGC”, jelasnya.

Tambahnya, objektif utama KGC adalah untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan

warga emas di Sarawak, melalui penyediaan kemudahan dan manfaat dalam bentuk diskaun,

rebat dan lain-lain kemudahan daripada pelbagai organisasi dan sektor komersial.

Selain itu, ia juga untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan menyumbang balik kepada masyarakat.

 KGC dilengkapi keistimewaan seperti  diskaun, rebat atau yuran percuma untuk barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan, pihak swasta dan pusat komersial yang menjadi rakan strategik KGC.

Antaranya, dalam bidang kesihatan (perubatan dan pemulihan), pengangkutan awam, barangan keperluan dan Taman Tema Rekreasi.

Katanya, KGC ini dilengkapi juga Bantuan Ihsan Kematian (BIK), bagi pemegang KGC yang meninggal, sebagai inisiatif Kerajaan Sarawak membantu meringankan beban keluarga bagi menanggung kos pengebumian.

Setiap pemegang KGC yang layak akan diberikan BIK sebanyak RM3, 000.

Selain itu, bantuan ini juga terbuka kepada masyarakat yang tidak berkemampuan dan tidak menerima sebarang bantuan kebajikan kematian daripada mana-mana pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, insuran dan PERKESO.

oleBIK akan dibayar mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan dan tuntutan BIK perlu dikemuka dalam tempoh masa 90 hari (3 bulan) selepas pemegang KGC meninggal dunia.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Jalan ke kebun Stapang siap
Next: ERP beri kelegaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.