Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 1,500 unit lampu solar dipasang di kawasan DUN Jepak
  • Tengah
  • WILAYAH

1,500 unit lampu solar dipasang di kawasan DUN Jepak

Utusan Sarawak 4 months ago
ISKANDAR bersama wakil JKR Bintulu dan BDA merakam gambar bersama selepas mesyuarat khas membincangkan pemasangan 1,500 unit lampu solar di kawasan DUN Jepak.

BINTULU: Sebanyak 1,500 unit lampu solar akan dipasang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dalam usaha meningkatkan pencahayaan dan keselamatan penduduk. 

Inisiatif itu diumumkan oleh ADUN Jepak, Iskandar Turkee semasa mempengerusikan mesyuarat khas bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di Ibu Pejabat JKR Bahagian Bintulu di sini, hari ini.

Projek tersebut, menurutnya, akan memberi keutamaan kepada lokasi yang kritikal seperti jalan utama, laluan pejalan kaki, kawasan perkampungan, dan tempat tumpuan awam yang gelap. 

“Pemasangan lampu solar ini selaras dengan matlamat pembangunan mampan Sarawak, di samping menyokong penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

“Kerjasama antara JKR, BDA, dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jepak akan memastikan projek ini dilaksanakan secara lancar dan teratur,” katanya.

Beliau menambah, fasa pertama projek itu dijangka bermula pada suku pertama tahun 2025, dengan tumpuan diberikan kepada kawasan yang paling memerlukan pencahayaan segera.

Selain pemasangan, mesyuarat juga membincangkan penyelenggaraan lampu solar bagi memastikan ia terus berfungsi dengan baik untuk jangka panjang. 

Ujar Turkee, projek seumpama itu bukan sahaja meningkatkan kemudahan penduduk, malah mencerminkan komitmen kerajaan negeri terhadap kesejahteraan masyarakat dan pembangunan hijau.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PPS Dewan Rumah Dayak Saratok terima seorang lagi mangsa banjir  
Next: Projek gagal tanpa kesepakatan dalam pelaksanaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.