Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • 150 ahli koperasi sertai bicara ilmu
  • BISNES

150 ahli koperasi sertai bicara ilmu

Utusan Sarawak 5 years ago
PENYAMPAIAN SIJIL… Dato’ Sri Wan Junaidi menyampaikan sijil kepada ahli koperasi yang menyertai Program Bicara Ilmu ‘Jana Pendapatan dengan Aplikasi Smartphone’ di Bangunan Koperasi Pembangunan Bako Kuching Berhad, Kampung Bako Hulu, semalam.

KUCHING: Seramai 150 orang ahli koperasi menyertai Program Bicara Ilmu ‘Jana Pendapatan dengan Aplikasi Smartphone’ anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKM) di Bangunan Koperasi Pembangunan Bako Kuching Berhad, Kampung Bako Hulu.

Program ini dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di sini, semalam.

Objektif program ini adalah untuk membantu usahawan dan ahli koperasi menjana pendapatan melalui telefon pintar dengan menggunakan aplikasi media sosial seperti facebook, instagram dan YouTube.

Program yang mensasarkan 150 orang ahli koperasi dapat membantu dalam sesi praktikal penggendalian kamera telefon dalam menghasilkan gambar yang menarik dan teknik suntingan gambar dengan menggunakan aplikasi suntingan dan pengiklanan melalui media sosial yang diketengahkan di dalam program ini.

Sehubungan itu, IKM sebagai pusat latihan yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan koperasi sentiasa membantu anggota koperasi di Sarawak untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di dalam pemasaran dalam talian dan penggunaan aplikasi telefon pintar sejajar, melahirkan lebih ramai usahawan kedai maya dalam koperasi dan membantu meningkatkan sumbangan KDNK sektor koperasi dengan menggunakan sepenuhnya teknologi atau IOT dalam perniagaan.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sentiasa memberikan komitmen tidak berbelah bagi dalan usaha untuk memperkasakan gerakan koperasi selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 yang menyasarkan sumbangan perolehan koperasi sebanyak RM100 billion menjelang tahun 2030.

Hasil usaha ini akan dapat dicapai apabila kementerian bersama agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan koperasi, sentiasa berusaha mengukuhkan prestasi dan produktiviti pelbagai sektor koperasi sebagai salah satu penyumbang utama dalam usaha meningkatkan ekonomi negara.

Continue Reading

Previous: MARDI lancar empat produk inovasi makanan
Next: MEDAC bangunkan aplikasi ‘pasaran atas talian’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.