14 lagi maut akibat banjir di Assam, India

Facebook
WhatsApp
State Disaster Response Fund (SDRF) personnel rescue residents from a flooded area after heavy rainfall in Guwahati on July 24, 2026. Floods triggered by torrential monsoon rains have killed at least 41 people in India's northeast Assam state, officials said on July 23, as authorities pursued rescue and relief operations. (Photo by Biju BORO / AFP)

NEW DELHI: Banjir yang melanda negeri Assam di timur laut India sejak awal bulan ini meragut 14 lagi nyawa dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 61, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 61 orang.

PENDUDUK meredah jalan yang dinaiki air berhampiran sungai yang melimpah selepas hujan lebat di Nambol, daerah Bishnupur, negeri Manipur, timur laut India pada 22 Julai 2026. Foto AFP

Kematian terbaharu dilaporkan di tiga daerah, dengan Charaideo mencatatkan angka tertinggi iaitu tujuh orang.

Ketua Menteri Assam Himanta Biswa Sarma berkata keadaan masih membimbangkan dengan hampir 1.1 juta penduduk terjejas di lebih 2,000 kampung.

Beliau berkata paras air sungai “masih melepasi paras bahaya atau menghampirinya”, manakala pasukan berkaitan telah diarahkan supaya terus berwaspada. – Bernama-Anadolu