Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 13SK Sungai Tisang dijangka siap Julai 2022
  • TEMPATAN

13SK Sungai Tisang dijangka siap Julai 2022

Utusan Sarawak 5 years ago
TINJAUAN… Majang Renggi melakukan tinjauan ke tapak bangunan kelas yang akan dibina.

BINTULU: Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tisang, Jalan Bintulu-Miri, bakal berubah wajah dari sekolah yang dikatogerikan sebagai daif kepada sekolah moden dalam dua tahun lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi berkata, projek membangunkan semula sekolah tersebut bermula 15 Julai 2020 dijangka siap 9 Julai 2022.

“Dengan siapnya projek ini nanti sudah pasti akan memberikan keselesaan kepada para pelajar dan guru serta warga sekolah SK Sungai Tisang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi penyerahan dokumen kontrak projek bina baharu bangunan sekolah terbabit, di sini semalam.

Menurutnya, SK Sungai Tisang merupakan salah sebuah sekolah yang dibangunkan di bawah Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif di Sarawak menggunakan peruntukan RM1 Billion (Fasa 1).

Bangunan sekolah empat tingkat yang akan dibina itu menelan belanja sebanyak RM12,500,880.

“Dengan adanya bangunan baharu ini nanti akan memberikan motivasi kepada guru dan pelajar dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka,” katanya.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak amat menitikberatkan soal pendidikan anak-anak di negeri ini.

Dalam perkembangan sama, Guru Besar SK Sg Tisang, Richard Jale berkata, beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan juga ADUN Samalaju atas usaha membangunkan sekolah tersebut.

Seramai 503 murid menuntut di sekolah terbabit dan pembelajaran dijalankan secara dua sesi.

Richard menambah dengan adanya bangunan empat tingkat dengan 12 kelas akan memberikan keselesaan kepada warga sekolah tersebut nanti.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Sg. Asap: Paip HDPE ganti paip lama
Next: Perketat kawalan sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.