NURZILLA MOHAMAD
SELANGAU: Sebanyak 134 keluarga yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima bantuan makanan dari Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang berkata, pengagihan bantuan yang memasuki hari ketiga itu melibatkan sembilan buah rumah panjang di kawasan Pasai Siong Ili.
“Rumah John Ateng Pasai Siong Ili dijadikan sebagai pusat penyerahan bantuan bagi kawasan sekitarnya.
“Hanya Tuai Rumah dan beberapa ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sahaja dibenarkan mengambil bantuan tersebut.
“Ini bertujuan bagi mengelak penerima dari berkumpul terlalu ramai pada satu satu masa dan mengutamakan “Sosial Distancing”,” katanya kepada pemberita, semalam.
Turut hadir menyerahkan bantuan semalam ialah Kaunselor Johnny Ateng, wakil pusat khidmat Kaunselor Ajan, Cornelius Bia Jabu dan penduduk setempat.
Menurut Gira, bagi memastikan kelancaran pengagihan bantuan kepada penerima, penyerahan bantuan dilakukan secara berperingkat kepada golongan yang memerlukan.
“Oleh itu, saya berharap dengan adanya bantuan makanan yang disalurkan oleh kerajaan negeri ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban rakyat.