Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 131 pelajar terima bantuan sekolah
  • Utara
  • WILAYAH

131 pelajar terima bantuan sekolah

Utusan Sarawak 3 months ago
SERAMAI 131 pelajar menerima sumbangan pakaian seragam sekolah, kasut, beg dan alat tulis daripada Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan bagi membantu mereka yang terjejas akibat banjir di Bintulu baru-baru ini.

BINTULU: Seramai 131 pelajar daripada keluarga mangsa banjir menerima sumbangan pakaian seragam sekolah, kasut, beg dan alat tulis dalam satu majlis anjuran Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan hari ini.

Sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini, selain memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan sesi persekolahan dengan lebih yakin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur dan semua penyumbang atas keprihatinan mereka terhadap kesejahteraan pelajar yang terlibat.

“Inisiatif seperti ini bukan sahaja membantu dari segi keperluan asas pendidikan, tetapi juga menjadi simbol sokongan dan dorongan moral kepada anak-anak kita agar terus berusaha mencapai kejayaan, walaupun berdepan cabaran,” katanya.

WAKIL ADUN Tanjong Batu, Mr. Siew Chiew Chuong dan tetamu lain menyaksikan Steven Kwon menyerahkan beg sekolah kepada salah seorang pelajar dalam majlis sumbangan kepada keluarga mangsa banjir.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh wakilnya, Siew Chiew Chuong pada majlis ringkas penyerahan sumbangan berkenaan di Dewan Suarah Bintulu.

Pada masa sama, Johnny Pang turut menegaskan komitmen untuk memastikan kebajikan rakyat, khususnya dalam bidang pendidikan terus diberi perhatian.

“Kami percaya bahawa pelaburan dalam pendidikan adalah pelaburan untuk masa depan yang lebih cerah.

“Oleh itu, usaha seperti ini perlu diteruskan bagi memastikan tiada pelajar tercicir daripada mendapatkan pendidikan yang sewajarnya,” ujarnya.

Turut hadir, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian, Wan Mohamad Hasip Wan Jamar, dan Ketua Gereja Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan Cawangan Kuching, Steven Kwon Soon Gil.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bangunan baharu Persatuan Foochow Bintulu dilengkapi kemudahan untuk warga emas
Next: Persembahan boneka dalam bahasa Inggeris tarik minat murid-murid SJK Chung San

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.