Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 13 rumah rosak akibat angin kencang
  • TEMPATAN

13 rumah rosak akibat angin kencang

Utusan Sarawak 5 years ago
DATO Ibrahim Baki memerhati keadaan salah sebuah rumah yang rosak di Jalan Datuk Ajibah Abol,Kuching semalam.

KUCHING: Rumah Wakaf Surau Darul Uyuun antara 13 rumah di tiga kampung, Jalan Datuk Ajibah Abol di sini rosak akibat hijan lebat dan angin kuat malam semalam.

Kejadian itu mendapat respon segera daripada Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.8 Satok yang menghulurkan bantuan segera kepada mangsa.

Angin kuat kira-kira jam 7.30 malam itu menerbangkan bumbung rumah di Kampung No. 2, Kampung No. 3 dan Kampung No. 4.

Ketika kejadian, pokok tumbang menghempap bahagian dapur salah sebuah rumah, selain kebanyakan bumbung rumah diterbangkan angin.

Pada masa sama banyak kerosakan barangan rumah dan perabot.

Timbalan Ketua Cawangan Parti PBB N.8 Satok, Dato Ibrahim Baki mewakili Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merangkap Ketua Cawangan N.8 Satok mengunjungi mangsa dan lokasi kejadian.

Hadir sama, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdul Samad Gany, Pegawai Khas P.194 Petra Jaya, Morshidi said dan Naz Ismadie Khalik, Ketua Pemuda PBB Satok, Kaunselor Dzamaluddin Zainudin, Temenggong Helmi dan Penghulu Hendry.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Penguang zahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak
Next: Toh Puan Ragad prihatin golongan asnaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.