Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 13 maut, alumni sekolah bertukar tragedi
  • GLOBAL

13 maut, alumni sekolah bertukar tragedi

Utusan Sarawak 5 years ago

HANOI: Perjalanan bagi menghadiri majlis perjumpaan alumni sebuah sekolah menengah di Vietnam bertukar tragedi apabila bas dinaiki mereka terbabit kemalangan.

Bas membawa kira-kira 40 penumpang yang juga bekas pelajar Sekolah Tinggi Dong Hoi, terbalik ketika melalui sebuah selekoh di lebuh raya, mengakibatkan 13 mangsa terkorban dan ramai lagi cedera.

Mereka ketika itu dalam perjalanan untuk mengunjungi kawasan di wilayah tengah Quang Binh bagi menyambut ulang tahun tamat pengajian ke-30.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas pemandu bas hilang kawalan di selekoh tajam lebuh raya berkenaan, mengikut laporan akhbar tempatan, Tuoi Tre.

“penumpang bas berkenaan berkata ketika bas bergerak menuruni cerun, terdapat petanda brek rosak,” katanya.

Imej yang dikongsi menerusi laman sesawang berita menunjukkan sebuah bas berada di sebelah jalan berturap dan kelihatan penyelamat sedang menyelamatkan mangsa tercedera. – AFP

Continue Reading

Previous: Turki, Greece bertelagah status Hagia Sophia
Next: Masjid di Perancis diconteng lambang Nazi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.