Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 13 maut, 178 cedera akibat letupan di depot bahan api di Guinea
  • GLOBAL

13 maut, 178 cedera akibat letupan di depot bahan api di Guinea

Utusan Sarawak 1 year ago
INSIDEN letupan dan kebakaran di sebuah depot bahan api di Conakry, Guinea kira-kira tengah malam semalam mengakibatkan 13 maut sementara 178 lagi cedera.

KIGALI (Rwanda): Sekurang-kurangnya 13 orang disahkan maut manakala 178 lagi cedera dalam insiden letupan dan kebakaran di sebuah depot bahan api di Conakry, Guinea, lapor Agensi Anadolu, semalam.

“Kira-kira 178 orang telah dirawat dengan pelbagai kecederaan termasuk 10 di kemudahan swasta. Daripada jumlah itu, 50 peratus mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah dibenarkan keluar,” Menteri Kesihatan Oumar Diouhe Bah berkata dalam sidang media.

Insiden itu berlaku kira-kira tengah malam semalam di daerah Kaloum, kata jurucakap kerajaan Ousmane Gaoual Diallo kepada pemberita.

“Kebakaran disusuli letupan besar merosakkan beberapa infrastruktur berhampiran. Banyak bangunan musnah,” katanya.

Punca letupan di depot yang membekalkan sebahagian besar bahan api di Guinea masih belum dapat dipastikan.

Dalam satu kenyataan, presiden sementara Kol. Mamadi Doumbouya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan rakyat Guinea, sambil berharap mangsa yang ceedera segera sembuh.

“Sementara menunggu hasil siasatan, saya mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada rakyat Guinea untuk bersolidariti dan berdoa untuk negara dalam masa sukar ini,” katanya.

Kerajaan telah mengambil langkah kecemasan termasuk memindahkan penduduk yang tinggal berdekatan, katanya. – Bernama – Anadolu

Continue Reading

Previous: Sisi menang majoriti besar pilihan raya Presiden Mesir
Next: Undian UNSC mengenai Gaza ditangguhkan untuk kali kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.