12 jelitawan berentap rebut mahkota Ratu Regata Baram 25 Julai ini

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MARUDI: Seramai 12 finalis akan berentap bagi merebut gelaran Ratu Regata Baram 2026 pada pertandingan akhir yang dijadual berlangsung di Dataran Marudi pada 25 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Ratu Regata Baram 2026, Yanti Nyanggau, berkata 12 finalis yang berjaya mara ke peringkat akhir ialah Kezia Sim, 23, berbangsa Cina/Kayan dari Kampung Uma Bawang, Long Maro; Angelina Aren Andrew, 21, (Kayan) dari Long Panai, Marudi; Jennifer Segunting, 24, (Iban) dari Rumah Tanjong Stapang B, Marudi; Ilmeilyana Agulera Lian, 25, (Iban) dari Sungai Kelabit Baruh, Bakong; Steffie Anna Apui, 24, (Kenyah/Saban) dari Kampung Long Banga; dan Victoria Scholastica Danla Patrick, 19, (Iban/Punan) dari Rumah Abok, Kampung Mulong Ulu Teru.

BARISAN 12 finalis Ratu Regata Baram 2026 yang bakal bersaing merebut hadiah utama wang tunai RM5,000 dan mahkota kejuaraan.

Turut bersaing Adlyn Hendry Lawai, 20, (Kenyah) dari Kampung Long Mekabar; Evelyn Laleng Onesimus, 20, (Berawan) dari Kampung Mulu; Jessica Puyang Vincent, 25, (Kayan) dari Long Pillah; Eunise Errince Laing, 22, (Kayan) dari Long Atip; Stephanie Vincent, 22, (Kiput) dari Mulu; dan Victoria William, 21, (Kayan/Iban/Kelabit) dari Long Atip.

Menurutnya, johan pertandingan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta tiara, piala, selempang, sejambak bunga, sijil penyertaan dan cek replika.

Naib johan pula akan menerima hadiah wang tunai RM4,000, trofi, selempang, sejambak bunga, sijil penyertaan dan cek replika.

Pemenang tempat ketiga akan menerima hadiah wang tunai RM3,000, trofi, selempang, sejambak bunga, sijil penyertaan serta cek replika.

Semua peserta yang tidak berjaya memenangi tiga tempat teratas akan menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM1,000 berserta sijil penyertaan.

Selain itu, anugerah Pakaian Terbaik menawarkan hadiah wang tunai RM1,000, sijil penyertaan dan cek replika, manakala pemenang Catwalk Terbaik akan menerima hadiah wang tunai RM300, sijil penyertaan serta cek replika.

Oleh Jiku Juguong