Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • 12 hektar ladang rumbia musnah dalam kebakaran di Mukah
  • KEBAKARAN

12 hektar ladang rumbia musnah dalam kebakaran di Mukah

Utusan Sarawak 2 days ago
KEBAKARAN memusnahkan 12 hektar ladang rumbia, pagi tadi.

MUKAH: Kebakaran yang berlaku pagi tadi memusnahkan kira-kira 12 hektar kawasan di tengah Ladang Pelita Sagu Sebakong, melibatkan keseluruhan kawasan terjejas seluas 50 hektar.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian dilaporkan berlaku pada 9.54 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Jentera bomba mengambil masa kira-kira 26 minit untuk tiba di lokasi, meredah jarak sejauh 30 kilometer,” kata jurucakap PGO dalam satu kenyataan.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu pam air terapung dengan empat aliran hos serta sumber air terbuka berdekatan.

Kebakaran berjaya dikawal sekitar 11.00 pagi, namun usaha pemadaman sepenuhnya masih diteruskan sehingga kini.

Pihak Bomba berkata setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bomba pantas padam kebakaran belukar di Jalan Pantai Lutong
Next: Dua rumah berkembar musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.