Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 1,100 tukun tiruan ditanam di perairan Sampadi-Tanjung Datu
  • TEMPATAN

1,100 tukun tiruan ditanam di perairan Sampadi-Tanjung Datu

Utusan Sarawak 5 years ago
PELANCARAN Melabuh Tukun Reef Ball di Perairan Sempadi-Tanjung Datu, Sematan, semalam.

SEMATAN: Dalam suasana politik di Semenanjung Malaysia terus bergolak, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg terus mengepalai usaha Kerajaan Sarawak untuk mempastikan program pembangunan di negeri ini berjalan lancar.

Pagi semalam beliau telah memulakan perjalanan dengan bot dari Telaga Air bersama-sama pemimpin lain untuk acara melabuhkan tukun tiruan di perairan Sampadi – Tg Datu.

Sejurus selepas itu, Datuk Patinggi Abang Jo singgah di sini untuk menghadiri acara rasmi majlis pelancaran melabuhkan tukun tiruan tersebut.

Kerajaan Sarawak membelanjakan RM70 juta untuk program menanam tukun tiruan atau reef ball di perairan Sarawak dari Sematan hingga ke Lawas sepanjang 1000 km yang dikendalikan oleh Sarawak Forestry Corporation.

Majlis tersebut juga menyaksikan penyerahan cek bagi program Pemuliharaan Penyu di Pulau Talang- Talang Kecil, penyampaian Sijil Sukarelawan Renjer Penyu dan bantuan kepada para nelayan.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kesenian, dan Kebudyaan merangkap Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, ADUN Tanjung Datu, Datuk Amar Datin Patinggi Hajah Jamilah Haji Anu, dan dif kenamaan yang lain.

Oleh Jeakqleyn Yacho

Continue Reading

Previous: Bekerjasama amalkan norma baharu
Next: Dua sekolah ditutup tujuh hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.