Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 100 hari tanpa kes jangkitan tempatan di Thailand
  • GLOBAL

100 hari tanpa kes jangkitan tempatan di Thailand

Utusan Sarawak 5 years ago

Employees wait for customers outside a bar on a street in Pattaya on September 1, 2020. (Photo by Mladen ANTONOV / AFP)

BEBAS COVID-19… Thailand kini bebas daripada kes jangkitan tempatan Covid-19 selepas 100 hari. • Foto AFP

NONTHABURI: Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kesihatan Awam Thai, Anutin Charnvirakul melancarkan satu konvensyen untuk merangsang ekonomi setelah negara tersebut bebas daripada jangkitan tempatan Covid-19 selama 100 hari, lapor Agensi Berita Thai (TNA).

Anutin mengatakan bahawa negara tersebut kini bebas daripada jangkitan Covid-19 setelah 100 hari dan kerajaan Thai juga sedang melaksanakan perintah sekatan dalam mengawal penularan wabak tersebut, meransang ekonomi negara, membantu rakyatnya menjana pendapatan dan pada masa sama, memastikan keselamatan awam terjamin.

Beliau menekankan Biro Konvensyen dan Pameran Thailand dan Kementerian Kesihatan Awam telah membangunkan satu sistem untuk menjamin kebersihan serta keselamatan semasa mesyuarat dan semina. Mereka telah memberikan ‘MICE City’ health certificates ke tempat untuk mengadakan mesyuarat atau pertemuan di Bangkok, Khon Kaen, Chiang Mai, Nakhon Ratchasima, Pattaya, Phuket dan Songkhla.

“Syarat untuk pensijilan tersebut merangkumi tempat untuk mesyuarat terbesar dan penjarakan fizikal. Setiap organisasi juga digalakkan mengadakan mesyuarat dan menyediakan kemudahan untuk mereka yang menghadirinya,” jelasnya lagi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Covid-19: Angka kematian meningkat lebih 4,000
Next: Nahas bot di Nigeria

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.