Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 10 orang ditahan positif dadah
  • JENAYAH

10 orang ditahan positif dadah

Utusan Sarawak 2 years ago
Operasi pencegahan jenayah yang diadakan minggu lepas di sekitar Bandar Raya Kuching.

KUCHING: Seramai 10 orang ditahan dan didapati positif dadah dalam operasi pencegahan jenayah yang diadakan minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, polis turut mengeluarkan 56 saman melibatkan kesalahan trafik dalam operasi itu.

“Seramai 10 suspek yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sepanjang tempoh operasi itu polis turut memeriksa 46 kawasan dan 607 orang awam yang terdiri daripada 437 lelaki dan 170 wanita,” katanya. 

Menurut Ahsmon, kadar statistik jenayah indeks dari Januari hingga Jun tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak lapan kes berbanding 392 kes pada Jun 2022.

Walau bagaimanapun, jenayah bukan indeks bagi tempoh sama ialah 399 kes iaitu peningkatan sebanyak 130 kes berbanding 269 kes pada 2022, namun , kadar penyelesaian kes adalah sebanyak  60.67 peratus. 

Beliau berkata, operasi memberi tumpuan kepada pencegahan dan pembanterasan  jenayah.

“Ini termasuk rondaan di kawasan tumpuan ramai, sasaran dan kawasan berisiko tinggi.

“Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memerangi dan memastikan keselamatan masyarakat,” ujarnya.

Oleh Connie Chieng 

Continue Reading

Previous: Siasatan lanjut penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura tangguh kes 10 Julai  
Next: Tiga anggota polis antara 152 individu ditahan positif dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.