Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 10 mural jadi tarikan di Sibu
  • TEMPATAN

10 mural jadi tarikan di Sibu

Utusan Sarawak 5 years ago
KREATIF…Mural Dian Mian Hu yang terdapat di Jalan Blacksmith.

SIBU: Bandar ini mempunyai 10 mural di lokasi berbeza untuk memperingati kebudayaan, kesenian dan cara hidup sekali gus menjadi tarikan pengunjung ke bandar yang terkenal dengan mercu tanda ‘Angsa Putih’ itu.

Ia adalah kebiasaan untuk kedai makan dan minum yang mempunyai mural seperti di Jalan Blacksmith.

Mural tersebut menonjolkan sebuah gerai “Dian Mien Hu” yang telah berniaga selama 56 tahun di situ sekali gus membawa kenangan manis terutamanya bagi mereka yang kembali ke bandar ini dari negara lain.

Selain itu, terdapat juga mural di hadapan yang menampilkan kedai herba Cina tradisional di Jalan Channel.

Namun, salah satu mural yang mendapat perhatian adalah berkaitan dengan penyeludupan manusia di sebuah bangunan swasta di Jalan Channel.

Rentetan mural itu, seorang warga asing merakamkan gambar mural tersebut dan bertanya mengenai masalah penyeludupan manusia yang serius berlaku di situ.

Mural itu dibuat di bangunan yang sebelum ini diduduki oleh Jabatan Imigrasi dalam 1960-an.

Pada masa sama, seorang warga Sibu memberitahu lukisan mural berkaitan dengan penyeludupan manusia dibuat mungkin disebabkan ia merupakan bangunan yang menempatkan Jabatan Imigrasi pada ketika dahulu.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Ibadah korban perlu patuhi SOP
Next: Covid-19: Tiada kes positif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.