Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 10 minit tangkap ‘King Cobra’
  • Utara
  • WILAYAH

10 minit tangkap ‘King Cobra’

Utusan Sarawak 3 months ago
‘KING COBRA’ DALAM GENGGAMAN… Anggota bomba menangkap seekor ‘King Cobra’ petang semalam sebelum dilepaskan ke kawasan lebih selamat.  

LIMBANG: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Limbang di sini mengambil masa hanya 10 minit untuk menunduk, dan menangkap seekor ular ‘King Cobra’ sepanjang hampir tiga meter, petang semalam.

Jurucakap BBP menerusi satu kenyataan berkata, ular tedung selar itu berjaya ditangkap di dalam longkang simen berhadapan Flat Polis Marin Limbang pada 4.00 petang.

Menurutnya Pegawai Bomba Kanan Dua Razimey  Badas bersama sepasukan anggota bergegas ke lokasi yang terletak lima kilometer dari balai selepas menerima panggilan kecemasan, 4.34 petang.

“Setiba di tempat kejadian pelapor maklum seekor ular tedung dewasa sepanjang tiga meter berada di dalam longkang simen berhadapan Flat Polis Marin Limbang.

“Anggota bertindak menangkap ular tersebut menggunakan seunit penjerut ular sehingga berjaya.

“Operasi menangkap ular itu mengambil masa kurang 10 minit dan sebaik memastikan keadaan selamat dan melepaskan ular tersebut ke habitat asal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi berkenaan tamat sepenuhnya 4.46 petang, semalam.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 12 daripada 30 pemilik ditawarkan unit Rumah SPEKTRA Permata terima kunci rumah
Next: Persatuan Cosplay Miri secara rasmi berdaftar dengan ROS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.