Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 10 maut dalam nahas pesawat di Colombia
  • GLOBAL

10 maut dalam nahas pesawat di Colombia

Utusan Sarawak 4 months ago

BOGOTA: Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.

Pesawat yang dikendalikan oleh Pacifica Travel itu dilaporkan hilang pada Rabu ketika dalam penerbangan dari Jurado ke Medellin dan terhempas di kawasan luar bandar Urrao, sebuah kawasan perbandaran di Antioquia, barat laut Colombia. 

Dua kru dan lapan penumpang berada di dalam pesawat semasa kejadian.

“Malangnya, tiada mangsa terselamat. Kami mempunyai 37 anggota yang bertugas di lokasi dan sedang mempercepat fasa kedua, termasuk usaha membawa keluar mayat,” kata Pengarah Jabatan Pengurusan Risiko Antioquia, Carlos Rios Puerta.

Beliau berkata keadaan cuaca buruk menyukarkan proses pemulihan.

Pacifica Travel dalam satu kenyataan menyatakan komitmennya untuk menyokong keluarga mangsa.

“Kami akan sentiasa bersama mereka, memberikan bantuan dan memenuhi setiap keperluan daripada peristiwa tragis ini.”

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan dan pihak berkuasa penerbangan awam turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang telah berkumpul di lapangan terbang Medellin. 

Pihak berkuasa penerbangan awam juga telah melancarkan siasatan bagi menentukan punca nahas berkenaan.

— BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: Trump dilepaskan tanpa syarat, tiada penalti dalam kes bayaran tutup mulut
Next: Kotak hitam pesawat Jeju Air henti rakam 4 minit sebelum nahas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.