Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 10 masjid, surau, 100 pelajar terima sumbangan
  • Utara
  • WILAYAH

10 masjid, surau, 100 pelajar terima sumbangan

Utusan Sarawak 2 months ago
SANTUNI…Program Memacu Kehidupan Hari Raya Aidilfitri: MLNG dan BAKIP menyantuni komuniti dengan menyalurkan sumbangan kepada masjid, surau dan pelajar memerlukan.

BINTULU: Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) dan Badan Kebajikan Kakitangan Islam PETRONAS (BAKIP) menyalurkan sumbangan kepada 10 masjid dan surau serta wakalah zakat kepada 100 pelajar yang memerlukan, dengan jumlah keseluruhan RM125,000, menerusi Program Memacu Kehidupan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat MLNG, Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi berkata, inisiatif itu selaras dengan komitmen PETRONAS dalam menyantuni masyarakat setempat terutama ketika Ramadan.

KENANGAN… Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi dan Iskandar Turkee merakam gambar dengan penerima sumbangan dalam program kemasyarakatan sempena Aidilfitri.

“Kami berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi keperluan masjid, surau dan pelajar yang memerlukan.

“Program ini juga menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara MLNG dan komuniti,” katanya pada Program Memacu Kehidupan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Iftar Perdana di Masjid At-Taqwa RPR Sebiew, malam tadi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi bantuan banjir yang melanda Bintulu pada 29 Januari lalu.

“Terima kasih kepada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, dan masyarakat setempat atas usaha murni anda semua dalam memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa banjir,” ujarnya.

SUMBANGAN…Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi, bersama Iskandar Turkee menyerahkan sumbangan kepada pelajar yang layak menerima wakalah zakat, hasil inisiatif MLNG dan BAKIP dalam menyemarakkan Ramadan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee, dalam ucapannya menyambut baik usaha MLNG dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Sempena Ramadan yang mulia ini, MLNG telah mengambil peluang untuk mendekati masyarakat setempat serta memberikan sumbangan kepada masjid dan surau di sekitar Bintulu serta golongan yang memerlukan.

“Semoga usaha yang sedemikian akan berterusan dan mampu menyumbang ke arah pembinaan masyarakat yang lebih sejahtera dan harmoni untuk semua,” katanya.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba redah banjir selamatkan warga emas
Next: BBP Bintangor jalankan rondaan pemantauan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.