Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 10 ahli Pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Ba’kelalan lawat Parlimen  
  • Utara
  • WILAYAH

10 ahli Pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Ba’kelalan lawat Parlimen  

Utusan Sarawak 7 months ago
JUMPA PEMIMPIN… Steve (empat, kiri) bersama barisan exco Pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Bakelalan ketika berjumpa dengan Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi.  

LAWAS: Seramai 10 orang ahli jawatankuasa induk Pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Ba’kelalan telah mengadakan lawatan ke Parlimen sejak Isnin lepas.

Rombongan diketuai Steve Lius berkenaan sempat mengikuti sesi perbahasan dan berjumpa sebahagian Ahli Parlimen daripada Parti PBB.

“Ini merupakan program tahunan yang kami adakan secara pengiliran melibatkan ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Ba’kelalan.

“Tujuan kita ialah memberi ruang kepada rakan-rakan memperoleh pengalaman dengan melihat sendiri secara dekat suasana persidangan di Parlimen,” katanya ketika ditemui.

Steve yang juga Exco Pergerakan Pemuda Parti PBB Sarawak mahu agar rakan pemuda yang telah dan pernah mengikuti sesi lawatan ke Parlimen untuk berkongsi pengalaman serta memaklumkan kepada akar umbi yang wakil rakyat GPS sentiasa lantang bersuara untuk Sarawak.

“Kita mahu mereka memberitahu bahawa semua wakil rakyat GPS bersuara mengenai berbagai isu melibatkan kepentingan Sarawak dan rakyat di kawasan masing-masing,” ujarnya.

Rombongan turut melakukan kunjungan kepada Timbalan Menteri Kesihatan dan beberapa pemimpin Pergerakan Pemuda Parti PBB yang menjadi Ahli Parlimen.

“Jadual kita padat dengan lawatan ke Parlimen dan perjumpaan dengan beberapa Timbalan Menteri daripada Sarawak,” tambahnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 20 orang Biro Keselamatan Rumah Philip, Strass Julau adakan lawatan ke BBP Bintangor
Next: Nurul Astairah Sahari cari bapa kandung untuk jadi wali pernikahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.