
YANGON: Pihak berkuasa Myanmar berjaya merampas 1.02 juta pil perangsang di wilayah Bago selatan Myanmar, lapor Xinhua.
Operasi dijalankan hasil maklumat risikan yang membawa kepada penahanan tiga suspek selepas dadah itu dirampas dari sebuah kenderaan di kampung Padaung, wilayah Bago pada 28 Februari lepas menurut laporan akhbar milik kerajaan, The Mirror hari ini.
Tiga lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes sama turut ditahan dalam kenderaan lain.
Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai 1.53 bilion kyat (sekitar US$728,571), menurut laporan itu.
Dua lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan kes itu kemudiannya ditahan di bandar Pyay, wilayah Bago.
Kesemua lapan suspek kini ditahan dan tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap mereka semasa siasatan lanjut dijalankan.- BERNAMA-XINHUA