Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Zulkapli Mohamed dilantik sebagai KPPA baharu
  • NASIONAL

Zulkapli Mohamed dilantik sebagai KPPA baharu

Utusan Sarawak 2 years ago

Datuk Dr Zulkapli Mohamed

PUTRAJAYA: Datuk Dr Zulkapli Mohamed dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Zulkapli, 58, sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) di Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Mohd Zuki berkata pelantikan itu berdasarkan pengalaman luas Zulkapli dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan serta pembangunan modal insan.

“Saya yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki, beliau mampu menggalas amanah dan tanggungjawab dalam menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Zulkapli telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun dengan jawatan pertama yang disandangnya adalah sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Latihan pada 1 Disember 1992.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp) serta Setiausaha Persekutuan Sabah di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.

Zulkapli berkelulusan ljazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia, Ijazah Sarjana Pembangunan Antarabangsa dari University of Japan dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi (Kewangan Antarabangsa) dari Universiti Meiji, Jepun.

Pada 12 Disember 2022, perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sebagai KPPA ditamatkan selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993]. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak 12 tahun maut terjatuh dari tingkap hotel
Next: Johan Mahmood dilantik sebagai KSP baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.