Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Zii Jia terpaksa tarik diri terbuka Malaysia minggu depan
  • SUKAN

Zii Jia terpaksa tarik diri terbuka Malaysia minggu depan

Utusan Sarawak 4 months ago

Zii Jia diusung keluar selepas menarik diri kerana kecederaan ketika menentang Shi Feng di Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, bulan lalu. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Team LZJ di media sosial hari ini, pemain nombor enam dunia itu terpaksa membuat keputusan tersebut selepas masih belum sepenuhnya pulih daripada kecederaan ligamen buku lali kanan yang dialaminya semasa Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, bulan lalu.

“Penyertaannya di Terbuka India dan Masters Indonesia yang turut dijadualkan pada bulan ini masih dalam pertimbangan, bergantung kepada tahap pemulihannya sepenuhnya,” menurut kenyataan tersebut.

Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini diundi untuk bertemu pemain Taiwan Su Li Yang pada aksi pusingan pertama kejohanan bertaraf Super 1000 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$1.45 juta (RM6.52 juta).

Di Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, Zii Jia terpaksa menarik diri ketika mendahului set kedua bertemu pemain China, Li Shi Feng, dalam aksi terakhir Kumpulan A.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bersepai FC juara futsal PBB
Next: Salah buru trofi EPL sebelum meningglkan Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.