Zhurong berjaya mendarat di Planet Marikh

Facebook
WhatsApp
BERJAYA MENDARAT… Kenderaan perayau Marikh pertama China, Zhurong berjaya mendarat di permukaan Marikh pada Sabtu. Kejayaan perjalanan Zhurong itu menjadikan China negara kedua di dunia yang berjaya mendarat di permukaan Marikh dan mengoperasikan kenderaan di planet itu.

BEIJING: Kenderaan perayau Marikh pertama China, Zhurong turun berjaya mendarat di permukaan Marikh pada Sabtu, meninggalkan ‘jejak’ pertama China di planet merah itu.

Kejayaan perjalanan Zhurong itu menjadikan China negara kedua di dunia yang berjaya mendarat di permukaan Marikh dan mengoperasikan kenderaan di planet itu.

Kenderaan perayau bertenaga suria itu mempunyai enam roda, berbentuk umpama kupu-kupu, seberat 240 kilogram.

Ia mampu bergerak perlahan dari platform pendaratan ke permukaan planet sebelum memulakan misinya meneroka planet keempat dari matahari itu.

Direka dengan jangka hayat sekurang-kurangnya 90 hari Marikh (kira-kira tiga bulan di bumi), Zhurong akan merakamkan landskap Marikh dengan gambar 3D resolusi tinggi, menganalisis komposisi permukaan planet itu, mengesan struktur di bawah permukaannya serta magnetik.

Ia juga akan mencari ais dan air serta mencerap persekitaran meteorologi di sekelilingnya.-Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos