Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Zance Printing Company perkenal perkhidmatan cetakan baju, tawar pelbagai teknik percetakan
  • INSPIRASI

Zance Printing Company perkenal perkhidmatan cetakan baju, tawar pelbagai teknik percetakan

Utusan Sarawak 14 hours ago
ALDREEN menunjukkan kemeja T yang siap dicetak.

PETRA JAYA: Seorang usahawan tempatan, Muhammad Aldreen Siddiq Zakaria, memperkenalkan perkhidmatan percetakan kemeja T melalui syarikatnya, Zance Printing Company, yang menawarkan pelbagai teknik cetakan termasuk silk screen, Direct-to-Film (DTF) serta sublimation.

Menurut beliau, perniagaan berkenaan bermula daripada usaha kecil mencetak kemeja T di bawah jenama sendiri, Renaizance sebelum mendapat sambutan orang ramai.

USAHAWAN tempatan, Muhammad Aldreen Siddiq Zakaria, memperkenalkan perkhidmatan percetakan kemeja T melalui syarikatnya, Zance Printing Company.

Daripada perkembangan itu, beliau kemudian mengambil keputusan untuk mengembangkan perkhidmatan dengan menawarkan cetakan kemeja T kepada pelanggan.

“Pada mulanya saya memulakan percetakan kemeja T ini dari jenama saya sendiri Renaizance. Apabila mendapat sambutan, saya terfikir mengapa tidak saya membuka perkhidmatan cetakan untuk orang ramai,” katanya.

ALDREEN menunjukkan cara mencetak.

Beliau menjelaskan bahawa syarikatnya menggunakan teknologi cetakan seperti silk screen yang menggunakan bahan getah khas dan bahan kimia bagi menghasilkan cetakan yang tahan lama serta meresap pada fabrik.

ALDREEN menunjukkan teknik DTF atau heat press.

Selain itu, teknik DTF atau heat press turut digunakan yang menurutnya mampu menghasilkan cetakan lebih berkualiti, lebih terang dan lebih terperinci berbanding kaedah tradisional.

Dalam pada itu, beliau turut menunjukkan proses asas cetakan menggunakan mesin heat press yang melibatkan tetapan suhu dan tempoh tekanan tertentu sebelum proses cetakan selesai.

Zance Printing Company menawarkan harga cetakan kemeja T bermula sekitar RM23 hingga RM50, bergantung kepada jenis cetakan yang dipilih.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk:

•      Silk screen

•      DTF (heat press)

•      Sublimation

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Zance Printing Company melalui nombor +60 17-859 8975 atau melalui Facebook Zance Printing Company serta Instagram @zanceco.

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Pendaki hilang: Survival bergantung ketahanan fizikal, mental dan pengalaman – Malim Gunung
Next: Anak muda asal Sebauh cekal bina nama dalam dunia fotografi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.