Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Zahasmi tunggu ‘lampu hijau’
  • SUKAN

Zahasmi tunggu ‘lampu hijau’

Utusan Sarawak 5 years ago
ZAHASMI Ismail

KETUA Jurulatih Kelantan United FC (KUFC) Zahasmi Ismail menunggu lampu hijau daripada pihak pengurusan pasukan itu untuk kembali menjalani latihan selepas hampir empat bulan ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Zahasmi berkata, ketika ini beliau masih belum menerima sebarang arahan untuk memanggil pemainnya untuk kembali menjalani latihan walaupun kebenaran telah diberikan oleh kerajaan sejak 15 Jun lepas.

“Saya difahamkan sekarang ini pihak pengurusan sedang melengkapkan beberapa dokumen yang diperlukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum pasukan dibenarkan menjalani latihan.

“Saya sedang menunggu lampu hijau daripada pihak pengurusan. Jika mereka mendapat kelulusan dan mengarahkan pasukan kembali menjalani latihan, saya akan turun padang dengan segera,” katanya.

Kerajaan sebelum ini memberi kebenaran kepada pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M) dan sukan lain untuk mengadakan sesi latihan bermula 15 Jun lepas setelah tiga bulan terhenti daripada sebarang aktiviti ekoran penularan pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut, Zahasmi berkata buat masa sekarang, pemain diarah untuk menjalani latihan dari rumah sebagaimana yang dilakukan mereka ketika PKP dilaksanakan pada Mac hingga Mei lepas.

Pemain masih perlu merekod antara tiga dan empat video latihan dalam masa seminggu yang dijalani mereka kepada barisan kejurulatihan.

“Saya jangka pemain akan kembali menjalani latihan sebenar di atas padang bermula bulan hadapan selepas segala urusan dokumentasi dengan MKN dan FAM diselesaikan oleh pengurusan KUFC.

“Kami tidak mahu melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana akan memberikan risiko kepada pemain dan pegawai yang terlibat  semasa latihan,” katanya sambil menambah aspek kecergasan akan menjadi tumpuan selepas dibenarkan kembali menjalani latihan di atas padang.-Bernama

Continue Reading

Previous: Pulisic ibarat ‘kunci’ Chelsea
Next: Sarawak buru juara SOPMA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.