Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Yoshihide Suga Perdana Menteri baharu Jepunkan
  • GLOBAL

Yoshihide Suga Perdana Menteri baharu Jepunkan

Utusan Sarawak 5 years ago
YOSHIHIDE SUGA

TOKYO: Parlimen Jepun memilih Yoshihide Suga sebagai Perdana Menteri yang baharu, hari ini, dengan bekas Ketua Setiausaha Kabinet itu dijangka cenderung kepada dasar dilaksanakan pentadbiran Shinzo Abe sebelum ini.

Suga, 71, mencatat kemenangan mudah apabila berjaya meraih 314 daripada 462 undi sah di Parlimen yang mana parti pemerintah bawah teraju beliau, Parti Demokratik Liberal (LDP), menguasai majoriti kerusi.

Beliau menunduk hormat ketika Ahli Parlimen Jepun memberi tepukan selepas keputusan itu diumumkan, namun tidak mengeluarkan komen segera.

“Berdasarkan hasil undian, Parlimen memutuskan untuk menamakan Yoshihide Suga sebagai Perdana Menteri,” umum Speaker, Tadamori Oshima, selepas pengiraan undi dilakukan.

Suga dijangka mengumumkan barisan Kabinet beliau, lewat hari ini, dengan media tempatan melaporkan bahawa beliau dipercayai bakal mengekalkan sebilangan menteri daripada pentadbiran Abe.

Beliau yang dipilih sebagai pemimpin LDP, kelmarin, pernah menyatakan hasrat untuk meneruskan dasar dilaksanakan Abe.

Terdahulu, Abe yang terpaksa mengakhiri kepimpinannya atas faktor masalah kesihatan walaupun tempoh mandat masih berbaki setahun, meletakkan jawatan bersama barisan Kabinet beliau pada hari ini.

Suga yang juga anak kepada pasangan petani strawberi dan guru, telah berkecimpung dalam arena politik selama berdekad-dekad.

Terakhir sebelum menjadi Perdana Menteri, Suga menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kabinet di mana beliau terkenal dengan usaha melaksanakan dasar kerajaan walaupun berdepan kerenah birokrasi. – AFP

Continue Reading

Previous: Israel mula bedil Semenanjung Gaza
Next: PM Libya umum mahu berundur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.