Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Yamal tidak bersama Sepanyol menentang Serbia
  • SUKAN

Yamal tidak bersama Sepanyol menentang Serbia

Utusan Sarawak 7 months ago

Lamine Yamal ketika perlawanan Liga Negara-Negara menentang Denmark. Foto: AFP

MADRID: Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal terpaksa diketepikan daripada skuad Sepanyol bagi mengelakkan risiko ketegangan otot dialaminya bertambah serius, kata Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF), hari ini. 

Yamal, yang kelihatan kesakitan pada minit terakhir ketika Sepanyol menewaskan Denmark 1-0 dalam aksi Liga Negara-Negara semalam, bakal terlepas perlawanan menentang Serbia, Selasa ini. 

“Lamine Yamal menjalani imbasan MRI di Madrid pagi ini untuk menilai ketidakselesaan yang dilaporkannya selepas perlawanan menentang Denmark,” kata persekutuan bola sepak Sepanyol (RFEF) dalam satu kenyataan.

“Ujian tidak menunjukkan sebarang struktur kecederaan dan khidmat perubatan RFEF mengesahkan yang ia adalah kes melebihi had keupayaan (otot).”

“Untuk mengutamakan kesihatan pemain dan mengelakkan sebarang risiko kecederaan, memandangkan masa yang singkat sehingga perlawanan menentang Serbia, adalah diputuskan untuk tidak menggunakan khidmatnya.”

Pemain berusia 17 tahun itu dijadual pulang ke Catalonia manakala pemain tengah Atletico Madrid, Rodrigo Riquelme, dipanggil untuk menyertai skuad. – AFP

Continue Reading

Previous: Sze Fei-Nur Izzuddin bangkit untuk raih gelaran Terbuka ArtikĀ 
Next: Harimau Malaya kena ‘belasah’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.