XPDC 3.0 JKR Sarawak susuri Ulu Skrang, Ulu Kota dan Ulu Entabai

Facebook
WhatsApp
XPDC 3.0 yang bermula hari ini memulakan perjalanan dari Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong menuju ke Ulu Skrang. Foto Douglas Uggah Embas Official

BETONG: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak meneruskan kesinambungan siri ekspedisinya menerusi XPDC 3.0 yang menyusuri kawasan Ulu Skrang, Ulu Kota dan Ulu Entabai bermula hari ini hingga esok.

Ekspedisi berkenaan diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dengan perjalanan dimulakan dari Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong menuju ke Ulu Skrang.

XPDC 3.0 merupakan sebahagian daripada pendekatan turun padang JKR Sarawak bagi melihat sendiri keadaan sebenar di lapangan, selain memantau perkembangan pelaksanaan projek infrastruktur yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Sepanjang ekspedisi, aspek kemajuan projek, keadaan infrastruktur serta keperluan perhubungan di kawasan yang dilalui akan diberi perhatian bagi memastikan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan secara berkesan serta menepati keperluan penduduk setempat.

Pendekatan turun padang itu turut membolehkan kerajaan dan agensi pelaksana mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai cabaran sebenar yang dihadapi di lapangan, sekali gus membantu memperkukuh perancangan serta penyampaian projek pembangunan kepada masyarakat.

Selaras aspirasi JKR Sarawak menerusi slogan ‘We Build For You’, komitmen terhadap pembangunan infrastruktur terus diterjemahkan melalui usaha memperluas jaringan perhubungan dan meningkatkan akses rakyat kepada kemudahan asas, termasuk di kawasan pedalaman yang berdepan cabaran geografi serta aksesibiliti.

XPDC 3.0 juga memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak untuk memastikan pembangunan infrastruktur dilaksanakan secara inklusif dan menyeluruh tanpa mengira lokasi.

Usaha berkenaan penting dalam memperkukuh kesalinghubungan, merangsang pertumbuhan sosioekonomi serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kawasan pedalaman.

Ekspedisi itu diharap dapat memperkukuh pemantauan terhadap pelaksanaan projek di lapangan dan memastikan setiap inisiatif pembangunan yang dilaksanakan benar-benar memberi impak serta manfaat jangka panjang kepada rakyat Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Bina integriti dari rumah, perkukuh di sekolah

KUCHING: Pembudayaan integriti perlu bermula dari rumah sebelum diperkukuh melalui pendidikan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat, kata Premier Sarawak,