Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Xi ucap selamat Tahun Baharu Cina 2026
  • GLOBAL

Xi ucap selamat Tahun Baharu Cina 2026

Utusan Sarawak 4 hours ago
Presiden China Xi Jinping

BEIJING: Presiden China Xi Jinping mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 kepada rakyat pelbagai etnik, saudara setanah air dari Hong Kong, Macau dan Taiwan serta diaspora dan masyarakat keturunan Cina di seluruh dunia pada Selasa. 

Xi berkata demikian semasa menziarahi kader yang bertugas di peringkat akar umbi dan penduduk tempatan di Beijing menjelang sambutan perayaan itu.

Dalam lawatan ke daerah Xicheng, beliau meluangkan masa meninjau sebuah kantin warga emas di Blok Jalan Xinjiekou bagi melihat sendiri kualiti hidangan, harga dan persekitaran kantin berkenaan selain bertanya dengan teliti mengenai setiap perincian dalam perkhidmatan kantin itu.

Beliau kemudiannya beramah mesra dengan sekumpulan pekerja penghantaran yang sedang berehat di situ dan menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan mereka.

Xi kemudian mengunjungi sebuah pangsapuri yang didiami warga emas untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan yang disediakan, termasuk pemeriksaan kesihatan, latihan rehabilitasi dan penjagaan harian. Beliau mendoakan agar golongan itu dikurniakan kesihatan dan umur panjang serta dapat menyambut TBC 2026 dengan selamat.

Mengakhiri siri lawatan itu, Xi melawat pasar sementara di kawasan komersial Longfusi, daerah Dongcheng, yang dibuka sempena sambutan TBC 2026. Xi meninjau gerai yang menjual barangan perayaan dan berbual mesra dengan orang ramai, sambil mengambil kesempatan mengucapkan “Selamat TBC 2026” kepada penduduk Beijing dan rakyat di seluruh negara China.- Bernama-CMG

Continue Reading

Previous: Sekurang-kurangnya 3 maut, 6 cedera dalam insiden letupan di selatan Mexico

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.