Sekurang-kurangnya 3 maut, 6 cedera dalam insiden letupan di selatan Mexico

Facebook
WhatsApp

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala enam lagi cedera dalam insiden letupan talian paip milik syarikat petroleum milik kerajaan, Petroleos Mexicanos di Oaxaca, selatan Mexico, menurut Gabenor Salomon Jara pada Selasa, lapor Xinhua.

Dalam hantaran di media sosial, Jara berkata mangsa yang cedera telah dibawa untuk mendapatkan rawatan perubatan, sambil menambah bahawa letupan itu berlaku di kawasan Loma Larga, dalam perbandaran El Barrio de la Soledad.

Jara berkata pasukan bomba segera bertindak  balas terhadap kemalangan itu dan kru pasukan kecemasan kini meneruskan usaha pengurangan risiko serta pembendungan di kawasan berkenaan. – Bernama-Xinhua

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara