Semua kru dan penumpang terselamat dalam nahas pesawat di Somalia

Facebook
WhatsApp

MOGADISHU: Sebuah pesawat membawa 55 orang yang berlepas daripada landasan Lapangan Terbang Mogadishu  mendarat berhampiran pesisir pantai Lautan Hindi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Semua penumpang dan kru terselamat dalam nahas itu, namun pesawat jenis Fokker itu mengalami kerosakan teruk.

Pihak berkuasa penerbangan Somalia pada Rabu memaklumkan yang punca kejadian yang berlaku sehari sebelumnya itu masih belum dapat dipastikan.

Penerbangan domestik itu dalam perjalanan ke Wilayah Galguduud di tengah Somalia. Disebabkan ancaman serangan oleh militan al-Shabaab, ramai rakyat Somalia memilih untuk menaiki penerbangan domestik berbanding melakukan perjalanan darat.

Lapangan terbang yang terletak berhampiran kawasan pentadbiran kerajaan di Mogadishu itu pernah beberapa kali menjadi sasaran serangan roket sebelum ini. Ketika berlepas dan mendarat, juruterbang akan membawa pesawat secepat mungkin ke arah laut terbuka yang berada di luar zon bahaya. – Bernama-dpa

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara